Wednesday, December 7, 2011

7:09 PM - No comments

USTAZ BUDAK BALUN NIK AZIZ PENAKUT



Setelah pendedahan klip video Ustaz Budak menyamakan Nik Aziz sebagai Nabi diterbitkan beberapa hari yang lalu, GK menerima pelbagai reaksi daripada pembaca yang sensitif mengenai isu ini.
Ada diantaranya melemparkan kata-kata yang hudoh seperti Ustaz Budak ini juga. Yang kononnya GK sengaja mereka-reka cerita dan membuat suntingan pada klip video tersebut.

Perlu diketahui, Suntingan memang dilakukan, tetapi ianya tidak menjejaskan maksud asal, ia hanya sekadar memendekkan untuk fokus kepada isu sebenar yang hendak ditimbulkan. Sekiranya ada suntingan yang telah menjejaskan maksud asal, beliau dan sesiapa sahaja sila tampil untuk buktikannya pada GK. Jangan duk kecek sajo.
Klip video terbaru ini juga merupakan kekeliruan di antara dua pendapat, iaitu mengenai perkara pokok di dalam Islam yang juga perlakuannya tidak terampun dengan taubat semata-mata melainkan mengucap Dua Kalimah Syahadah semula. Ianya berkaitan Syirik.
Secara  ringkasnya GK amat kurang mengerti apa makna 'Takut' yang sebenarnya. Menurut Ustaz Budak, " Takut kepada makhluk tidak takut kepada Allah. Takut kena buang kerja, takut kena marah, takut kepada lain selain daripada Allah adalah syirik dalam Islam. Bila kita syirik segala amal ibadat yang dibuat tidak diterima oleh Allah, tidak kira comel macammana pun kita".
Bagi pendapat Mursyidul Am Pas, YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat didalam sebuah buku yang ditulis oleh beliau sendiri bertajuk Kelantan Universiti Politik Terbuka, beliau menyatakan "kalau berani sahaja tidak timbul rasa takut, itu orang panggil tolol, orang tidak panggil berani. Orang tolol jenis orang tidak apa satu." Kenyataan penuh beliau sila klik imej di bawah.


Ingin dijelaskan di sini, perkara mengenai agama terutamanya yang melibatkan akidah bukan barang permainan bagi GK. Semoga mendapat respon daripada pihak Ustaz Budak dan mereka yang terlibat untuk tampil memberi penjelasan mengenai apa yang telah beliau ucapkan.
Untuk makluman semua. sebelum klip video tersebut diterbitkan ianya telah diteliti terlebih dahulu. Tujuan ianya diterbitkan untuk pendedahan umum kerana klip video tersebut juga sudah tersebar dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjelaskan perkara yang mendatangkan kekeliruan kepada umat.
Di atas sebab itu, GK dapat mengesan puluhan klip video pada ucapannya terdapat kekeliruan yang boleh memesongkan akidah dan menyesatkan. Ianya akan diterbitkan sedikit masa lagi jika rujukan dan pertimbangan hukum hakam Islam dan maksud bahasa mengenainya dicurigai.

Untuk kaum Pas yang taksub perlu diingatkan bahawa setiap kekeliruan yang GK timbulkan sebagai peringatan kepada golongan UlaRmak supaya lebih berhati-hati dalam setiap ucapan yang berunsur politik kerana ia lebih mudah terjerumus dalam kesesatan. Nantikan lebih banyak pendedahan yang akan GK buat selepas ini.

0 comments: