Wednesday, December 7, 2011

7:11 PM - No comments

Sultan Kelantan Terima Anugerah Daripada Agong

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menerima Darjah Kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis pengurnian yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menerima Darjah Kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

Majlis pengurnian itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewakili baginda Tuanku Mizan di Bilik Rehat Raja-Raja Istana Negeri, Kubang Kerian, kira-kira jam 5 petang, di sini.

Hadir sama, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa’iz Petra; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan tetamu kehormat lain.

Sementara itu, dalam majlis berasingan, Tuanku Sultan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sejurus selepas majlis, para tetamu bergambar kenangan sebelum Perdana Menteri dan isteri terus kembali ke Kuala Lumpur.


petikan dari blog : http://detikperubahan.com/2011/12/07/sultan-kelantan-terima-anugerah-daripada-agong/

0 comments: