Wednesday, December 21, 2011

9:15 PM - No comments

Nik Aziz Dimasukkan Ke Hospital

Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjalankan tugas seperti biasa ketika berada di wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 13 Disember 2010.
KOTA BHARU _ Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke wad di salah sebuah sebuah hospital di sini untuk berehat sejak kelmarin.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Ahmad Fadzli Shaari melalui laman facebook milik Nik Abdul Aziz hari ini tanpa mendedahkan nama hospital.
“Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.
“Keadaan beliau stabil dan insya-Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi,” katanya.
Sementara itu, detikperubahan.com difahamkan Nik Abdul Aziz dimasukkan ke hospital terbabit selepas mengadu sakit perut.
Ogos lalu, Nik Abdul Aziz telah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana saluran jantungnya tersumbat akibat kadar kolestrol yang tinggi.
Pada 8 Disember 2010, Mursyidul Am Pas itu telah dimasukkan ke hospital selama lebih daripada lima hari kerana masalah tulang belakang.
Bagaimanapun beliau kembali bertugas seperti biasa malah bersedia untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

0 comments: