Sunday, November 27, 2011

7:31 PM - No comments

Kelantan Bazirkan Air Bersih

Oleh RAHIM M NOH
KOTA BHARU – Kelantan didakwa antara negeri tertinggi mencatatkan pembaziran air dirawat.
Malah hanya 50 hingga 60 peratus yang dirawat oleh Air Kelantan Sdn Bhd sampai kepada pengguna akhir.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, ia disebabkan paip yang uzur sehingga menyebabkan berlaku kebocoran yang terlalu banyak.
“Sepatutnya masalah tersebut tidak berlaku kerana kerajaan negeri telah menerima peruntukkan yang banyak iaitu RM600 juta untuk selesaikan masalah air tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang perubahan.
“Ini maklumat yang saya terima…ini berkemungkinan berlaku kebocoran pada paip utama yang menyebabkan pembaziran berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Untuk rekod, AKSB telah membelanjakan sebanyak RM130 juta untuk mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW) iaitu memperbaiki sistem paip di negeri ini.
Bagaimanapun sehingga hari ini ia tidak menampakkan sebarang kesan yang besar terhadap pengguna AKSB.
Sementara itu, Mohd Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, apa yang berlaku telah merugikan rakyat Kelantan yang sewajarnya mendapat bekalan air bersih yang berkualiti.
“Masalah ini tidak sewajarnya berlaku kerana negeri ini bukannya seperti Somalia yang kering kontang.
“Pengurusan yang teruk menyebabkan bekalan air bersih terjejas sehingga hari ini,” katanya.

7:27 PM - No comments

Jambatan Maut Idam Nyawa di Pulau Melaka

KOTA BHARU – Kejadian jambatan yang roboh disebabkan arus deras di mukim Kuau, Bachok minggu lalu turut menimbulkan kebimbangan penduduk di Kampung Pulau Melaka berhubung sebuah jambatan lama di kampung itu  yang mungkin akan mengalami nasib yang sama.

Jambatan Mukim Kuau yang runtuh tiba-tiba akibat arus deras.
Apa yang membimbangkan penduduk, jambatan yang hanya menunggu masa untuk roboh itu umpama ‘perangkap maut’ dan kini menjadi tumpuan kaki pancing untuk memenuhi hobi mereka.
Tinjauan Detik Perubahan mendapati rata-rata penduduk melahirkan kebimbangan kerana tidak ada sebarang tindakan oleh pihak berkenaan bagi merobohkan jambatan lama itu walaupun sudah bertahun ia terbiar.
“Saya hairan kenapa jambatan itu dibiarkan dan tidak diruntuhkan kerana ia kini menjadi tumpuan kaki pancing dan kanak-kanak untuk bermain di situ,” jelas seorang penduduk ketika ditemui di sini.
Seorang lagi penduduk berkata, apa yang mengewakan mereka kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat bersikap lepas tangan dan tidak prihatin terhadap keselamatan penduduk dalam menangani masalah ini.
“Jambatan ini terletak hampir dengan rumah Menteri Besar. Ia terletak bersebelahan jambatan baru yang menjadi laluan utama beliau ke Bandar Kota Bharu dan juga pejabatnya setiap hari. Agak mustahil sekiranya beliau tidak nampak  jambatan maut ini dipenuhi kaki pancing yang adakalanya terdiri daripada kalangan kanak-kanak.
“Tidak terfikirkah beliau untuk diwujudkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa rakyat. Jangan sampai terjadi sesuatu yang tidak diingin barulah pihak berkenaan sibuk untuk mengambil langkah sewajarnya,” katanya.
Persoalannya, apa yang didakwa penduduk ada kebenarannya kerana struktur jambatan dilihat tidak lagi selamat untuk digunakan dan mungkin akan tumbang pada bila-bila masa sahaja.
Diharap kerajaan negeri dapat mengambil langkah sewajarnya dalam menangani masalah ini sebelum berlaku musibah yang tidak diingini.

petikan dari blog : http://detikperubahan.com/2011/11/27/jambatan-maut-idam-nyawa-di-pulau-melaka/

Friday, November 25, 2011

7:37 AM - No comments

PANAS !!! TINGGALKAN SAJA NIK AZIZ - HJ HADI



 Inilah sebenarnya hakikat sebuah Parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Sebuah parti yang tidak pernah sudah dengan Retorik, tapi Alhamdulillah Umno tidak seperti parti tersebut, Umno telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber dan berpengetahuan agama tanpa memaki hamun Parti lawan, Hujah yang kuat serta dalil yang sempurna dan tidak terlalu extreme itu membuatkan semakin ramai rakyat terpikat.

Buktinya anda boleh pergi ke kawasan YB Kok Lanas ini dan lihat dengan mata anda sendiri bagaimana cara seorang YB yang prihatin kepada masalah rakyat, Sehinggakan Pekan Kok Lanas kini menjadi sebuah pekan yang maju dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Tidak hairanlah jika PRU13 ini beliau masih mengekalkan kerusi tersebut, kerana rakyat sangat yakin dan percaya kepada beliau. Jika kita mempunyai kesedaran seperti orang Kok Lanas yang cerdik-cerdik. Buktikan dan anda mampu mengubahnya.


petikan dari blog : http://gelombangkick.blogspot.com/2011/11/panas-tinggalkan-saja-nik-aziz-hj-hadi.html

7:35 AM - No comments

RM3 juta untuk dakwah Orang Asli di Kelantan

BACHOK. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membelanjakan RM3 juta setahun bagi menjalankan kerja dakwah dalam kalangan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman negeri itu.
Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda berkata, hasilnya sehingga kini 5,000 daripada jumlah 10,000 Orang Asli di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli, telah memeluk Islam.
MAIK telah melantik 16 pembimbing dalam kalangan masyarakat kaum itu sendiri untuk memberi pengajaran tentang Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek RM3,000 kepada keluarga mangsa dua beradik yang mati lemas di Kampung Tualang Salak di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada 1.30 petang dua hari lepas, Ahmad Fathi Roslan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dan adiknya, Mohd Arif Hakimi, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Jelawat lemas dalam sebuah parit dekat rumah mereka.
Che Hamat berkata, sesetengah masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam akan diberi peruntukan khas RM200 sebulan dan sesetengahnya pula diberi bimbingan untuk menjalankan perniagaan.
Beliau berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM75 juta kutipan wang zakat. – Bernama

7:32 AM - No comments

Cegah Banjir Antara Tumpuan BN Jika Perintah Kelantan



BACHOK – Pembinaan perparitan dan longkang yang sempurna bagi mencegah banjir kilat akan dijadikan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) jika diberi peluang oleh rakyat Kelantan memerintah pada pilihan raya umum kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini disebabkan sebilangan besar rakyat terutama yang tinggal di kawasan perumahan dan jumlah penduduk yang padat terpaksa berpindah setiap tahun kerana ditenggelami air bertakung disebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar.
”Belumpun paras air Sungai Kelantan melimpah tebing sudah ramai rakyat yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan apabila kediaman mereka dinaiki air,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM300 kepada setiap 17 ketua keluarga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini, hari ini.

Seramai 65 mangsa banjir ditempatkan di situ sejak dua hari lalu apabila rumah kediaman mereka di sekitar Kampung Pak Badol dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.

Mereka termasuk yang tinggal di Kampung Tasek, Kampung Pak Poja dan Kampung Mahligai.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, masalah itu timbul disebabkan kegagalan kerajaan negeri membinanya walaupun diberi peluang selama 21 tahun menerusi pihak berkuasa kerajaan tempatan.

“Kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan menyeluruh agar lebih ramai rakyat mendapat kemudahan itu dan tidak menyusahkan mereka sebaik sahaja selepas berlaku hujan lebat,” katanya.

Wednesday, November 23, 2011

8:15 PM - No comments

Ishh55X ! NIK AZIZ ADA TIKET KE SYURGA DAN SEDANG DI AGIHKAN

Besar harapan saya akan masuk syurga di akhirat kelak kerana menjaga dengan hasil usaha saya walaupun kesihatan saya rosak kerana politik tetapi tidak apa. Saya harap 100 peratus di akhirat kelak Allah akan beri pahala kerana jaga Kelantan mengikut kehendak al-Quran. Pilihanraya mesti bersih, baru boleh bawa bekal ke syurga. Jika kata-kata ertinya bakal ke neraka. Baik kita bekal ke Syurga daripada ke Neraka.

- Nik Aziz-Berita Harian 14 Julai 2011.Buktinya Sila Klik klik1 Klik2 Klik3 .
Semua umat Islam (yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah) berharap dan bercita-cita untuk masuk ke syurga tetapi ada orang Islam tak sembahyang, tak puasa di bulan Ramadhan malah kerjanya mencuri, menyamun merompak dan memaki buat fitnah sepanjang hidupnya. Bila dah tua dekat dengan ajal dia berpesan kepada anak-anaknya supaya buat tahlil dengan harapan dosanya diampun dan berharap Tuhan masukkan ke syurga. Inikan pula beliau diberi amanah menjaga Kelantan selama 22 tahun sebanyak mana beliau dah buat baik kepada makhluk yang ada di bumi Kelantan. Bolehkan beliau masuk ke syurga?

Nik Aziz diberi amanah jadi MB Kelantan kemudian diangkat menjadi Tok Guru. Serupakah amanah MB dengan Tok Penghulu Kampung? Dan serupakah dengan Tok Imam yang menjaga mukim? Apa yang dia ingat Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. Maksudnya Bila seseorang meninggal dunia, dia tidak boleh melangkah walaupun selangkah sebelum dia jawab tiga pertanyaan (Malaikat)
1) Apa engkau buat di sepanjang umur engkau di dunia.
2) Dari mana engkau kumpul harta kekayaan.
3) Dan kemana engkau belanjakan.

Ketiga-tiga soalan ini amat payah beliau nak jawab sebab kalau beliau ikut hati dan kehendak diri, mungkin boleh jawab dengan mudah tetapi tentu malaikat Raqib dan Atid akan kata dia berbohong. Raqib Atid akan keluarkan buku catatan beliau. Bila sampai disini, harapan Nik Aziz nak masuk syurga akan ditangguh hingga selesai kira-kira (Hasab) entah berapa lama pun tak tahu. Jadi harapan 100 peratus nak masuk syurga hanya mungkin angan-angan sahaja. Kalau tak ke syurga tidak ada tempat lain, kembali ke dunia mustahil, entahlah ke mana. Justeru itu kita semua menyeru umat Islam jangan jadi tabiat takbur seperti ini.

Umat Islam harus sedar kita tidak banyak buat baik termasuk Nik Aziz selama beliau jadi MB Kelantan. Sepatutnya beliau sebagai manusia biasa, beliau harus berkata banyak dosa dengan rakyat dan bumi Kelantan. Sekarang ini Nik Aziz tahu rakyat Kelantan makmur dan bumi Kelantan membangun bukan kerja beliau. Dia hanya memerintah, pembangunan dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan BN dan JPPK. Dia kata dia jaga Kelantan mengikut al-Quran untuk sedapkan hati dan hati-hati penyokong parti Pas.

Ya apa nak jadi pada Nik Aziz bila dia kata 100 peratus di masuk ke syurga sedangkan Nabi Muhammad SAW yang maksum tak kurang 70 kali sehari beristighfar kepada Allah supaya Allah mengampunkan kesilapannya. Dan dalam hadis yang baginda sendiri tak jamin dirinya masuk syurga kecuali Allah SWT limpah rahmat keatasnya.

Ucapan beliau ini, rupa-rupanya serupa dengan watak dan perangai orang Yahudi dan Nasrani. Orang Yahudi pernah mengaku dirinya anak dan kekasih Allah. Surah Al-Maidah ayat 18
Yang Bermaksud:
"Orang-orang Yahudi Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangi-Nya".
Renung-renunglah ayat ini agar kita semua tidak seperti mereka. Ayat berikutnya, ingatan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 80 
Yang Bermaksud:
dan mereka berkata:" Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu".

Bila diperhatikan kepada telatah beliau dalam kenyataan diatas dan kata-kata beliau di sepanjang fatwa dan dalam  ceramah politik nampaknya tidak jauh bezanya dengan telatah manusia yang disebut dalam dua ayat di atas. Kita sama-sama minta berlindung dengan Allah dari terjebak dengan perangai tersebut.
Anda mampu mengubahnya.


petikan dari blog : http://gelombangkick.blogspot.com/2011/11/ishh55x-nik-aziz-ada-tiket-ke-syurga.html

8:10 PM - No comments

Ops Johnson III: Disko Dut Bawah Pokok Ceri

Kami telah dibawa mengunjungi pusat karaoke di bawah pokok ceri ini pada bulan Februari 2011 lalu. Pusat hiburan ini dibuka sehingga ke azan subuh dan menjadi tempat kunjungan anak-anak muda, pak cik-pak cik dan pada waktu kunjungan kami itu, ada juga mak cik-mak cik GRO.Setelah mendapati pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)  tidak mengambil apa-apa tindakan selepas beberapa hint yang kami berikan tentang lokasi pusat hiburan ini, akhirnya, Agen Johnson telah bersetuju untuk mengadakan ‘Operasi Disko-Dut’. Operasi Disko-Dut merangkumi 3 pusat hiburan dan bermula dengan pusat karaoke di bawah pokok ceri.
Agen Johnson tiba di pusat hiburan yang terletak 3.6 km dari rumah Nik Aziz di Pulau Melaka ini pada tengah malam. Ia terletak di kawasan yang merupakan kubu kuat PAS. Adalah agak mustahil untuk percaya bahawa MPKB-BRI ada mengeluarkan lesen untuk pusat hiburan ini. Pertamanya tidaklah diketahui bahawa ada lesen sedemikian yang dikeluarkan kerana ianya tidak bersesuaian dengan imej Parti PAS. Keduanya, ia terletak di kawasan kampung dan dibuat secara terbuka menyebabkan gangguan bunyi ke rumah-rumah sekitarnya dan ketiga ianya beroperasi sehingga ke hampir subuh. Jadi, jika anda juga percaya bahawa mustahil pusat hiburan ini beroperasi dengan kebenaran MPKB-BRI, maka kita harus bertanya, mengapa MPKB-BRI tidak mengambil tindakan terhadap pusat sedemikian? Apakah kerana ia peninggalan UMNO-BN yang tewas pada tahun 1990 dahulu. Atau kerana di Mekah pun ada jugak karaoke bawah pokok kurma?Dalam posting seterusnya, kami akan dedahkan 2 pusat hiburan serba moden dan canggih di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Tuesday, November 22, 2011

1:19 AM - No comments

‘Agent Johnson Learns To Disco-Dut’ di Bandar Raya Islam

Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.
Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh. Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Semuanya dirakamkan dengan bukti, tarikh dan waktunya sekali.
Bagaimanapun bagi tujuan keselamatan, tarikh ini hanya akan diberikan kepada pihak berkuasa di atas permintaan rasmi.
Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan lesen menjual arak atas alasan arak tidak diharamkan oleh agama lain sebagaimana judi? Tetapi bagaimana dengan lesen atau permit operasi pusat hiburan sehingga lewat malam? Adakah dikeluarkan oleh MPKB Bandar Raya Islam dan lain-lain PBT. Adakah agama lain membenarkan berpoya-poya sehingga lewat malam? Atau alasannya sebab di Mekah pun ada juga tempat berpoya-poya sampai lewat malam?
Nantikan siaran penuh video tersebut yang menunjukkan apa sebenarnya yang terjadi di Bandar Raya Islam sewaktu pemimpin-pemimpin PAS sedang sibuk berceramah mahu mengambil alih negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional atas dasar mahu membersihkan segala maksiat dan budaya tidak sihat.
Sabar menanti..

Friday, November 18, 2011

6:51 AM - No comments

PANAS - NIK AZIZ KATA CELAKA ADUN KHALWAT DI JALAN GELONGGONG


Klip video ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat GK, juga merupakan Pejuang Cyber diatas nama Ambo Pakoh BN yang telah banyak membantu GK memberi maklumat dan gambaran secara langsung mengenai keadaan sebenar yang berlaku di Negeri Kelantan Darul Naim. Untuk paparan yang lebih jelas sila klik page FB beliau yang telah GK pautkan diatas.
Bagi menjaga adat resam kita sebagai Pejuang, sokongan untuk klik page Ambo Pakoh BN sangatlah dialu-alukan bagi terus mengukuhkan ikatan diatas perjuangan yang hanya mempunyai satu tujuan niat kerana Allah Taala.

Bagi meneruskan tajuk yang telah dipaparkan dapat kita simpulkan satu huraian mengenai keberlakuan tersebut, Lubang yang hampir sama luas dengan lubang yang telah digosipkan terhadap Adun kawasan Dabong ini akan GK gegarkan sedikit masa lagi, untuk itu dapat kita lihat dimana kebajikkan yang dilaungan oleh Pengerusi Perkataan CELAKA YAB Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz. Keadaan ini memang ternyata membawa keCELAKAan kepada sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut.

Setiap kawasan dan Dun mempunyai wakil, tangunggjawab siapakah lagi kalau bukan tanggungjawab orang yang diwakilkan? Ke lubang mana perginya orang yang diwakilkan sehingga membiarkan lubang tersebut, adakah lubang di Lata Rek yang ditujuinya, untuk mengesahkan keadaan lubang-lubang ini jangan lupa teruskan bersama kami untuk edisi pembongkarannya nanti.TunGGGGGu. !!!! 


dipetik dari blog : http://gelombangkick.blogspot.com/2011/11/panas-nik-aziz-kata-celaka-adun-khalwat.html

6:37 AM - No comments

17 Tahun Untuk Bermimpikan Air Bersih

Kerajaan PAS Negeri Kelantan memerlukan 17 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah penyaliran air bersih kepada penduduk Negeri Kelantan. Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, YB Dato’ Mejar(B) Md Anizam Abd Rahman di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada akhir 2010.
Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027,”
Demikian yang dinyatakan oleh Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan itu. Apa yang Mejar (B) Anizam (foto di atas) tidak nyatakan bahawa, tempoh masa 17 tahun itu sebenarnya juga merupakan satu tempoh masa yang amat sukar untuk Pentadbiran PAS Kelantan menyelesaikan masalah air.
Lihat sahaja keadaan yang membelenggui Air Kelantan Sdn Bhd yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Pada 2007, Air Kelantan atas perintah Nik Abdul Aziz telah menyingkirkan Haji Fauzi, Pengarah Urusannya yang merupakan satu-satunya sahaja harapan rakyat Kelantan untuk dapat perkhidmatan profesional dari agensi Kerajaan PAS yang dipenuhi oleh mereka yang mempunyai jawatan di dalam Parti PAS sama ada di peringkat negeri, kawasan ataupun cawangan.
Banyak sangat kipas di sekeliling Nik Aziz
Haji Fauzi didakwa tidak digemari ramai dan lemah imannya kerana dia seorang yang tidak tahu bersabar, suka mengamuk dan bila naik angin akan bercakap ‘lepas’. Ya, bersabar adalah tuntutan penting di dalam PAS. Itulah sebabnya 2027 baru dijangkakan AKSB dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.
Apa yang menjadi punca konflik di dalam Air Kelantan pada ketika itu sebenarnya bukanlah Haji Fauzi. Beliau mempunyai rekod cemerlang tetapi masalahnya ialah beberapa individu di dalam PAS Kawasan Pengkalan Chepa termasuklah anak Nik Abdul Aziz sendiri, iaitu Nik Abduh.
Nik Abduh pernah cuba mengambil alih perniagaan air bersih di Kelantan sejak bekalan air Kelantan di swastakan. Bahkan bila Thames Water Sdn Bhd (KWSB) mahu melepaskan pegangannya di dalam operasi bekalan air Kelantan, nama Nik Abduh yang ketika itu bekerjasama dengan seorang pemimpin UMNO Kelantan disebut oleh pihak Thames Water sebagai pihak yang sepatutnya mengambil alih pengurusan bekalan air Kelantan.
Usaha untuk Nik Abduh dan rakan pelaburnya menguasai bekalan air Kelantan dibuat atas nama sebuah syarikat bernama Air Darulnaim Sdn Bhd. Sehingga sekarang syarikat itu masih wujud dan nama Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bachok masih ada di dalam senarai pemegang saham syarikat tersebut.
Apabila tertubuhnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada 1999, dendam kesumat dan keinginan meratah kantung wang dalam urusan bekalan air tetap tidak hilang dari segelintir pihak termasuk beberapa individu dari PAS Kawasan Pengkalan Chepa. Ini akhirnya membawa kepada penyingkiran Haji Fauzi lalu membuka pintu seluas-luasnya untuk beberapa individu lain mengambil kesempatan.
Akibatnya, kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan akan mencecah kepada lebih RM11 juta dan sekarang ada usaha untuk membebankan pengguna dengan cadangan kenaikan caj tarif air menjelang 2012 bagi menampung kerugian tersebut.
AKSB juga berhadapan dengan kegagalan di dalam projek-projeknya. Projek Non Revenue Water (NRW) atau Projek Air Tidak Berhasil menelan belanja sebanyak RM130 juta bermula pada Julai 2008 dan berakhir pada Ogos 2011. Bagaimanapun ia jelas gagal memberikan impak positif terhadap sistem bekalan air secara total.
Menerusi projek NRW juga, projek penukaran meter air ‘smart meter’ diperkenalkan dan menelan belanja sejumlah RM12 juta. Dijangkakan sejumlah 80,000 unit meter akan ditukar tetapi setelah hanya 40,000 unit di tukar kemudiannya diperakui bahawa terdapat kegagalan pada fungsi meter pintar ini.
AKSB juga mencanangkan menggunakan teknologi terkini di dalam projek Pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli. Kononnya ia akan menyelesaikan masalah bekalan air di jajahan tersebut. Seperti projek lainnya, ia turut gagal dan masih terdapat kawasan di Jeli yang terpaksa berhadapan dengan catuan bekalan air.
Di dalam pada itu, AKSB juga tidak bersedia untuk menghadapi krisis kecemasan bekalan air kerana ia hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan pada waktu krisis.
Pelbagai alasan diberikan oleh AKSB berhubung kelemahan mereka menunaikan tanggungjawabnya dan diantaranya ialah kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama seperti Loji Rawatan Air Bukit Remah di Tanah Merah, Loji Rawatab Air Pahi di Kuala Krai dan Loji rawata Air Merbau Chondong.
Pada waktu AKSB gagal mengatasi masalah perkhidmatannya, ia terus kehilangan fokus dengan melabur pada kadar yang meragukan bagi projek-projeknya. Antara yang menjadi bualan para kakitangan AKSB sendiri ialah kos yang dirasakan tidak menasabah bagi projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng yang dikatakan menelan kos sebanyak  23 juta lebih tinggi dari sepatutnya. Kos sekarang didakwa berjumlah RM58 juta sedangkan menurut pihak tertentu di dalam AKSB sendiri kos itu sepatutnya tidak lebih RM35 juta sahaja.
Sekiranya PAS terus memerintah Kelantan sehingga 2027, kemungkinan besar bekalan air bersih untuk seluruh Kelantan terpaksa ditunda untuk beberapa tahun dari tarikh itu. Selagi PAS tidak dapat memastikan agensi Kerajaan Negeri ditadbir secara profesional dan bukan oleh mereka yang berjawatan di dalam parti tempoh 17 tahun hanya akan menjadi mimpi ngeri untuk rakyat Kelantan.