Monday, December 12, 2011

7:52 PM - No comments

Pas Guna Nik Aziz Bimbang Kalah

Dali bersama anggota bomba serta pemimpin kawasan menyiram kanak-kanak sebelum mereka dikhatankan.
Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Pas perlu membuktikan parti itu diterima rakyat secara total dan bukannya menggunakan taktik mempertahankan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, bayangan yang diluahkan oleh Pas itu menunjukkan parti berkenaan yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun itu sudah ketandusan tokoh-tokohnya untuk menentang Umno.
Beliau berkata, usaha pas itu memperlihatkan parti berkenaan bimbang akan kehilangan pengaruh dan akan berdepan dengan kekalahan.
“Sekiranya Pas beranggapan parti mereka sudah diterima rakyat, Nik Aziz perlu berundur. Tetapi sebaliknya apa yang dilihat hari ini Pas hanya bergantung pada seorang tokoh dan bukan atas dasar perjuangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatan Perdana Parlimen Pengkalan Chepa di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2 yang disertai lebih kurang 300 kanak-kanak.
Hadir sama pada majlis itu, Naib Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pengkalan Chepa, Che Othman Che Wil.
Dali turut mencabar Pas supaya meletakkan calon ulama di mana-mana kerusi Dewan Undangan negeri ataupun Parlimen dan bukannya di kerusi selamat untuk mengetahui hakikat sebenar penerimaan rakyat terhadap parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, kebimbangan Pas jelas apabila calon terbabit diletakkan di kerusi tidak selamat kemungkinan akan ditolak oleh rakyat di kawasan terlibat.
“Bagi kita (Umno) yang lebih penting adalah menterjemahkan penerimaan rakyat secara total dan bukannya diletakkan di tempat selamat.
“Anggapan meletakkan ulama di kerusi selamat untuk menang pilihan raya ini bukan membawa maksud rakyat menerima pimpinan ulama,” katanya.
Nik Aziz sebelum ini menyatakan keputusan beliau untuk terus bertanding pada pilihanraya akan datang kerana Pas masih memerlukan khidmatnya untuk menentang Umno.

0 comments: