Wednesday, December 21, 2011

9:19 PM - No comments

PAS HARAMKAN SIAR KEMISKINAN DI KELANTAN !!!


 Itulah gambaran sebenar puak taksub Pas bila mana-mana media menyiarkan kemiskinan yang berlaku di Kelantan. Kebanyakkan mereka berpendapat negeri lain ramai juga yang miskin tapi kenapa harus Kelantan yang ditonjolkan. Pandangan itu adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

Bukankah bodoh namanya mempertikaikan penyiaran kemiskinan di Kelantan. Jangan pentingkan keuntungan politik sehingga mempertaruhkan kedaifan hidup rakyat Kelantan yang miskin dan buntukan bantuan dari kerajaan dan budiman-budiman seluruh negara. Tanpa pendedahan begini mana mungkin untuk kerajaan dan individu mengetahui nasib mereka yang memerlukan.

Islamkah kita untuk mengeji mereka yang dapat bantuan seperti ini Sila Klik setelah perkhabaran kehidupan mereka didedahkan oleh media. Dah lah kita pun susah tak dapat membantu mereka yang fakir, kita kutuk pula orang yang membantu fakir miskin ini. Apakah syurga untuk kita yang bersikap seperti itu?
Berprasangka buruk, terlalu membenci dan iri hati  itulah sebahagian sifat yang sebenarnya menafikan HAK orang miskin untuk terus hidup dengan lebih selesa. Jika keperluan barang dunia pun tak dapat nak sediakan dengan sempurna mana mungkin untuk menjanjikan syurga di akhirat nanti.

Sebenarnya berita kemiskinan ini dipaparkan dari seluruh pelusuk tanah air oleh media, namun sikap mudah terasa kerana memakan cili terlalu banyak itulah yang membuatkan jahat mulut untuk menuduh dan menyemai persepsi negatif kepada mereka yang terlibat.

Seharusnya berterima kasihlah kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan kepada fakir miskin diatas sebab kita yang tidak mampu atau mengabaikan mereka ini. Fikirlah untuk kebaikkan tanpa menghunus lidah berfrasa neraka. Janganlah berlagak kaya yang hakikatnya papa. Jadilah seorang yang bodoh boleh diajar dan cerdik yang boleh ditumpang serta pastikan Anda Mampu Mengubahnya. 

9:15 PM - No comments

Nik Aziz Dimasukkan Ke Hospital

Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjalankan tugas seperti biasa ketika berada di wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 13 Disember 2010.
KOTA BHARU _ Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke wad di salah sebuah sebuah hospital di sini untuk berehat sejak kelmarin.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Ahmad Fadzli Shaari melalui laman facebook milik Nik Abdul Aziz hari ini tanpa mendedahkan nama hospital.
“Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.
“Keadaan beliau stabil dan insya-Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi,” katanya.
Sementara itu, detikperubahan.com difahamkan Nik Abdul Aziz dimasukkan ke hospital terbabit selepas mengadu sakit perut.
Ogos lalu, Nik Abdul Aziz telah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana saluran jantungnya tersumbat akibat kadar kolestrol yang tinggi.
Pada 8 Disember 2010, Mursyidul Am Pas itu telah dimasukkan ke hospital selama lebih daripada lima hari kerana masalah tulang belakang.
Bagaimanapun beliau kembali bertugas seperti biasa malah bersedia untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Sunday, December 18, 2011

10:52 PM - No comments

Penduduk Sungai Keladi Berdepan Masalah Sampah

SUNGAI KELADI – Penduduk Taman Perumahan Jintan terpaksa berdepan bau busuk apabila banyak pihak membuang sampah di kawasan haram berdekatan taman ini, sejak setahun lalu.
Penduduk, Pak Rahim, 56, berkata, penduduk di sini sanggup memandu agak jauh semata-mata mahu membuang sampah di kawasan yang diwartakan yang terletak satu kilometer.
Namun sikap tidak peka penduduk sekitar dengan mengambil jalan mudah membuang sampah di sini, mengundang pencemaran kepada penghuni di taman perumahan ini.
Menurutnya, pihaknya memohon pihak berkenaan menyediakan kemudahan tong dan sistem memungut sampah secara berkala agar masalah sampah ini dapat diselesaikan dengan segera.
“Pada mulanya, kawasan membuang sampah hanya tertumpu di satu kawasan sahaja, namun ia semakin merebak kira-kira 100 meter sepanjang laluan taman.
“Masalah ini bukan hanya menyebabkan bau busuk, malah air bertakung menyebabkan banyak serangga seperti lalat, nyamuk dan ulat membiak di kawasan berkenaan,” katanya semalam.
Pak Rahim berkata, ia menyebabkan serangga itu memenuhi ruang dapur sehingga menyukarkan penduduk setiap kali waktu makan.
Sementara itu, Ketua Cabang Keadilan Pasir Mas, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud turut meninjau masalah penduduk di sini, semalam.
Beliau berkata, masalah ini perlu ditangani segera agar ia tidak mengundang penyakit seperti denggi, malah bau busuk boleh menyebabkan penghuninya berdepan risiko penyakit seperti lelah
“Binatang liar seperti tikus dan anjing juga boleh menyebabkan penduduk di sini berdepan risiko diserang terutama kepada kanak-kanak yang bermain berdekatan taman permainan tidak jauh dari kawasan ini.
“Islam amat mementingkan kebersihan, maka persekitaran yang kotor hanya akan mendatangkan pandangan serong penduduk bukan Islam,” katanya.
Beliau berharap, pihak berkenaan sedia membantu penduduk di taman perumahan ini, dengan menyediakan kemudahan tong sampah dan mengadakan sistem memungut sampah secara berkala dengan segera.

10:51 PM - No comments

300 Peneroka Felda Bantah Pas

GUA MUSANG – Laungan `teruskan transformasi Felda’ meriuhkan suasana perhimpunan aman membabitkan 300 peneroka dan generasi kedua FELDA seluruh Kelantan di Tapak Pasar Minggu Chiku 3, dekat sini, petang semalam.
Golongan peneroka yang datang dari seluruh rancangan tanah Felda itu mengadakan perhimpunan hampir sejam mulai 3 petang untuk membantah usaha pihak tertentu khususnya Pas yang cuba menggagalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Dengan laungan bersemangat itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Pengerusi Majlis Belia Felda Kelantan, Mohd Nor Fazly Mohd Daud.
Semasa berucap pada majlis itu, Nozula menyifatkan usaha parti pembangkang cuba menggagalkan FGVH ke Bursa Malaysia sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Beliau berkata, setiap peneroka harus menentang sekerasnya usaha tersebut kerana pemimpin parti pembangkang itulah yang dilihat sebagai ancaman baru kepada kemajuan peneroka Felda seluruh negara.
Katanya, sebagai peneroka dan generasi kedua yang bergantung hidup kepada hasil di rancangan tanah tersebut perlu bergabung tenaga menyokong usaha kerajaan berbuat demikian yang menjamin masa depan.
”Pemimpin pembangkang tidak sedikit pun mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi peneroka, sebaliknya lebih banyak untuk menimbulkan huru-hara,” katanya.
Mohd Nor Fazly berkata, generasi kedua Felda bukan lagi di kalangan mereka yang tidak berilmu, malah belajar lebih daripada pemimpin pembangkang yang ada pada hari ini untuk memperjuangkan nasib mereka sendiri.
Beliau berkata, mereka tidak perlu digugat dengan apa cara sekalipun kerana apa yang generasi kedua mahu keamanan dan kemampuan kerajaan membangunkan kehidupan mereka bersama.
”Perhimpunan aman pada hari ini juga membukti generasi kedua bersama peneroka bangkit menentang segala musuh yang boleh menyusahkan golongan sasar itu yang selama ini menerima banyak kemajuan dari kerajaan,” katanya. – www.sinarharian.com.my

Saturday, December 17, 2011

12:49 AM - No comments

Lagi 120 Penyokong Pas di Bachok Sertai UMNO


BACHOK 17 Dis. – Seramai 120 penyokong Pas di Kampung Beoh di sini mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru UMNO di kampung berkenaan, hari ini.
Borang penyertaan mereka diserahkan oleh ketua kumpulan berkenaan, Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.
“Dulu, saya menyokong Pas 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata,” kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Beliau berkata, penyertaannya dalam UMNO kerana inginkan perubahan memandangkan Pas ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.
Mohd Nor berkata, ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu. – BERNAMA

Monday, December 12, 2011

7:52 PM - No comments

Pas Guna Nik Aziz Bimbang Kalah

Dali bersama anggota bomba serta pemimpin kawasan menyiram kanak-kanak sebelum mereka dikhatankan.
Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Pas perlu membuktikan parti itu diterima rakyat secara total dan bukannya menggunakan taktik mempertahankan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, bayangan yang diluahkan oleh Pas itu menunjukkan parti berkenaan yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun itu sudah ketandusan tokoh-tokohnya untuk menentang Umno.
Beliau berkata, usaha pas itu memperlihatkan parti berkenaan bimbang akan kehilangan pengaruh dan akan berdepan dengan kekalahan.
“Sekiranya Pas beranggapan parti mereka sudah diterima rakyat, Nik Aziz perlu berundur. Tetapi sebaliknya apa yang dilihat hari ini Pas hanya bergantung pada seorang tokoh dan bukan atas dasar perjuangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatan Perdana Parlimen Pengkalan Chepa di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 2 yang disertai lebih kurang 300 kanak-kanak.
Hadir sama pada majlis itu, Naib Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pengkalan Chepa, Che Othman Che Wil.
Dali turut mencabar Pas supaya meletakkan calon ulama di mana-mana kerusi Dewan Undangan negeri ataupun Parlimen dan bukannya di kerusi selamat untuk mengetahui hakikat sebenar penerimaan rakyat terhadap parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, kebimbangan Pas jelas apabila calon terbabit diletakkan di kerusi tidak selamat kemungkinan akan ditolak oleh rakyat di kawasan terlibat.
“Bagi kita (Umno) yang lebih penting adalah menterjemahkan penerimaan rakyat secara total dan bukannya diletakkan di tempat selamat.
“Anggapan meletakkan ulama di kerusi selamat untuk menang pilihan raya ini bukan membawa maksud rakyat menerima pimpinan ulama,” katanya.
Nik Aziz sebelum ini menyatakan keputusan beliau untuk terus bertanding pada pilihanraya akan datang kerana Pas masih memerlukan khidmatnya untuk menentang Umno.

Friday, December 9, 2011

8:57 PM - No comments

Madu layak dapat bantuan RM500


Datuk Awang Adek Hussin
BACHOK – Semua isteri yang dimadukan suami layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.
Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak membuat permohonan bantuan itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak.
Bagaimanapun, dalam kes ini, suami itu sendiri serta isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidak layak memohon.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus kepada semua isteri yang layak dan dianggap sebagai ketua dalam keluarga masing-masing.
“Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini semalam.
Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan peruntukan RM2.6 bilion. – KOSMO

8:56 PM - No comments

Pas Perlukan Saya: Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keputusan beliau untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah kerana parti itu masih memerlukan khidmatnya untuk menentang Umno.
Menurutnya, beliau tidak akan berganjak dengan keputusan untuk bertanding walaupun mendapat kritikan dari pemimpin Umno, termasuk dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahukannya bersara dari politik.
“Saya tidak hirau apa Umno kata, itu dia punya pasal, itu tuduhan dia, dah orang (Pas) nak kepada saya, nak buat macam mana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.
Isnin lalu, Nik Aziz, 80, mengesahkan akan bertanding pada PRU13 walaupun mendapat desakan dari pemimpin Umno Kelantan yang mahukan beliau menyerahkan kerusi kepada pimpinan pelapis.
Susulan itu, Tun Dr Mahathir ketika menghadiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) baru-baru ini menasihatkan Nik Aziz supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.
Mengulas mengenai kritikan Tun Dr Mahathir tersebut, Nik Aziz berkata, beliau tidak kisah dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu, namun mendakwa bekas pemimpin negara itu merosakkan perjuangan Umno sehingga mengakui gagal mengawal bangsa Melayu.
“Saya lawan dia (Tun Dr Mahathir) dari awal ke akhir, siapa suruh dia berhenti, dia sendiri dah kata tak berjaya pimpin orang Melayu, saya jawab dah kamu bawa perkara songsang, orang Melayu itu Islam, tapi dia tolak Islam,” katanya.
Nik Aziz bagaimanapun enggan mengulas mengenai ura-ura mengatakan anaknya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz disenarai pendek calon yang akan bertanding di PRU13.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya mahu Nik Aziz terus memimpin Kelantan.
“Kita nak Tok Guru yang pimpin, lagi lama dipimpin lagi banyak berpengalaman dan banyak dapat ilmu, Umno tidak hak campur,” katanya. – Sinar Harian

6:38 AM - No comments

“Siapa Suruh Dia Berhenti”

KOTA BHARU – “Saya lawan dia (Mahathir) sejak awal sampai ke akhir. Siapa suruh dia berhenti. Waktu dia berhenti dia kata dia gagal pimpin orang Melayu, memang dia gagal sebab dia tarik Melayu cara songsang dengan menolak Islam.
“Sekarang dia sebut Melayu bersatu tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau Islam, Islam untuk umat manusia di seluruh dunia.”
Itu kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas mengenai nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang memintanya supaya berundur daripada dunia politik kerana sudah terlalu lama.
Pada masa yang sama Nik Abdul Aziz turut menempelak pemimpin UMNO yang mengatakan beliau tidak berundur disebabkan Pas ketandusan pemimpin untuk diketengahkan.
“Itu dia punya pasal, orang hendak pada saya hendak buat macam mana. Dia (pemimpin UMNO) tidak laku,” katanya.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohd. Fadhli Datuk Hassan berkata, beliau bagi pihak pimpinan dan ahli Pas Kelantan menyokong penuh Nik Abdul Aziz untuk terus menerajui parti itu.
“Saya nak nyatakan di sini, saya bagi pihak seluruh pemimpin dan ahli Pas menyokong penuh Tok Guru untuk terus kekal memimpin kami.
“Kami masih memerlukan tunjuk ajar dari beliau, Pas tidak seperti UMNO, lagi lama pemimpin itu lagi baik kerana pengalamannya dapat digunakan untuk membimbing rakyat,” katanya.