Thursday, January 5, 2012

5:37 AM - No comments

Muslimat Pas Kelantan Kemuka Enam Calon

Wan Ubaidah Omar
KOTA BHARU – Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan mengemukakan enam nama untuk diketengahkan dan dipilih sebagai calon kepada Dewan muslimat Pas Pusat beberapa bulan lalu untuk dipertimbangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Timbalan Dewan Muslimat Pas Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, keenam-
enam nama berkenaan dipilih mengikut kemampuan yang mampu mereka berikan kepada rakyat.
”Kita telah mengangkat nama kepada Dewan Muslimat Pas Pusat, terserah pada pimpinan, ada enam nama diangkat Dewan Negeri terus ke Dewan Pusat.
”Tidak ada kriteria tertentu dipertaruhkan, sebaliknya kita melihat kemampuan calon berkenaan untuk berkhidmat dan memenuhi kehendak rakyat,” katanya pada Majlis Makan Tengah Hari sempena Tahun Baru dan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 di Perdana Resort, Pantai Bahaya
Bulan di sini hari ini.
Wan Ubaidah berkata demikian ketika diminta mengulas persediaan Dewan Muslimat Pas Negeri bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.
Beliau yang juga Adun Kijang berkata, pemilihan lebih ramai calon wanita oleh dewan itu menepati kehendak anggota peringkat akar umbi yang mahu suara mereka diketengahkan di peringkat parlimen dan Dun.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan ketika ditemui berkata cadangan muslimat itu boleh dipertimbangkan di peringkat pucuk pimpinan.
Ketika ini, Kelantan mempunyai empat calon pilihan di peringkat DUN, Parlimen dan Dewan Negara, iaitu Wan Ubaidah sendiri Adun Adun Tanjong Mas, Rohani Ibrahim, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff dan ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi.
Mengulas mengenai cadangan Kerajaan Negeri untuk memberi insentif kepada pengamal poligami di negeri ini yang mampu menguruskan isteri dan keluarga dengan baik mengikut syariat Islam, Wan Ubaidah berkata, ia akan diputuskan selepas PRU13 nanti.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, berkata, pihaknya dalam proses mengenal pasti keluarga yang layak dan kira- kira lima keluarga boleh dipertimbangkan sebagai layak menerima insentif berkenaan.

0 comments: