Friday, January 6, 2012

8:46 AM - No comments

Mahasiswa Kelantan Nyatakan Sokongan


KOTA BHARU – Kira-kira 300 Mahasiswa Kelantan hari ini berhimpun secara aman di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini petang ini bagi menyatakan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan.
Kumpulan tersebut terdiri daripada mahasiswa daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Mereka yang mendakwa mewakili suara mahasiswa di universiti awam di negeri ini mula berkumpul selepas solat Jumaat bagi menyambut ketibaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai wakil daripada Kerajaan Pusat.
Mahasiswa terbabit memegang pelbagai sepanduk yang diantaranya tertulis ‘Kami Sokong Tok Pa’ dan ‘Mahasiswa Kelantan Menyokong Gagasan 1Malaysia’.

Mustapa dalam ucapan ringkasnya di lapangan terbang tersebut berkata, perhimpunan ini membuktikan majoriti mahasiswa menyokong Kerajaan Pusat.
“Dengan sokongan yang diberikan oleh pelajar Kelantan kepada Kerajaan Malaysia, jelas membuktikan majoriti pelajar mahukan kemananan, sopan, tertib dan beradab, yang hendak huru hara dan kaki ‘gedebe’ ini adalah kumpulan kecil sahaja.
“Kita mahu majoriti senyap ini bangkit menentang kumpulan yang mahu menimbulkan huru hara dan sedang dipergunakan oleh PKR serta pihak-pihak lain,” katanya.
Katanya, mahasiswa perlu sedar perjuangan untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak bermakna sama sekali.

Ujarnya, keamanan negara tidak ada galang gantinya dengan seorang individu yang tercemar dari segi moral kerana terpalit dengan pelbagai isu seperti liwat dan berzina dengan pelacur China.
“Mahasiswa perlu sedar perjuangan PKR hanya untuk seorang individu, tetapi demi Anwar seorang keamanan dan kenteteraman awam negara tergugat.
“Kalau ada masalah jangan turun ke jalan raya jumpa menteri, gunakan saluran yang betul dan kita bukan kuku besi atau autokratik, kita sebuah negara demokrasi dan kena hormati institusi demokrasi.
“Saya sebagai bekas Menteri Pengajian Tinggi tahu majoriti mahasiswa kita menolak golongan yang menggangu keamanan kerana mereka mahu belajar dalam keadaan tenteram.
“Sebagai contoh di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada 20,000 penuntut, yang buat kecoh baru-baru ini 70 orang sahaja, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya.

0 comments: