Wednesday, November 16, 2011

1:44 AM - No comments

Lahir generasi pelapis penulisan kreatif

RABIATUL ADAWIYAH
KOTA BHARU - Sambutan terhadap program Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kelantan dan Terengganutidak memberangsangkan apabila ia hanya disertai oleh 34 penyertaan.
Pengarah DBP Wilayah Timur, Azmi Ibrahim berkata, penyertaan itu terlalu kecil memandangkan kedua-dua negeri tersebut mempunyai lebih 200 buah sekolah menengah.
“Selepas enam tahun penganjuran anugerah ini, sambutan masih di tahap mengecewakan kerana sekitar 17 peratus sahaja yang menyertainya. Sedangkan kita mempunyai ramai pelajar berbakat yang boleh menjadikan pertandingan sebagai medium mengasah minat masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan majalah antara sekolah-sekolah melalui program tersebut di DBP Wilayah Timur di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah  Bahagian Pembangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),  Sallehuddin Abang Shokran dan Pengarah DBP Terengganu, Johari Ambak.
Program anjuran dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan dan Terengganu itu bertujuan bagi melahirkan generasi pelapis dalam bidang penulisan kreatif.
Pada pertandingan tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas muncul johan kategori majalah terbaik dan menerima RM2,000.
Kategori penerbitan dimenangi oleh SMK Sultan Ibrahim 1 juga dari Pasir Mas yang menerima wang tunai RM1,000, manakala SMK Machang muncul juara kategori bahasa dan menerima RM1,500.
Azmi berkata, pihaknya akan meningkatkan lagi kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri dalam usaha menggalakkan pelajar menghasilkan karya bahasa Melayu yang betul, di samping

0 comments: