Wednesday, November 16, 2011

9:18 AM - No comments

NIK AZIZ HAIRAN FENOMENA ANEH INI TERJADI DI KELANTAN

Alhamdulillah, fenomena aneh ini berlaku di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Kelantan, disini dapat kita lihat sebilangan besar rakyat Kelantan sudah menukar corak politik mereka kerana selama ini mereka merasakan tertipu dengan semua janji-janji manis Pas kepada mereka.Sungguh aneh, Jadi Nik Aziz tidak perlulah hairan setelah penjelasan ini  diberikan. Jika dahulu sangatlah sukar untuk melihat hadirin memenuhi ruang pada mana-mana majlis yang dianjurkan oleh Umno. Sikap PAS sewaktu ketika dahulu yang menuduh penyokong Umno adalah kafir disebabkan Umno berkongsi kuasa dengan MCA akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana mereka juga sedang berasmara dengan DAP.


Dikalangan dari mereka yang hadir ini menyatakan dahulu mereka terlalu taksub kepada Pas sehingga menyebabkan terputus hubungan kekeluargaan hanya kerana berbeza fahaman politik. Mereka percaya sungguh dengan tuduhan Pas terhadap orang yang menyokong Umno adalah kafir. Tapi setelah Pas menjalinkan hubungan dengan DAP mereka mula merasa sangsi dengan perjuangan PAS.


Disamping itu sempat menemubual beberapa orang yang hadir dan bertanya sebahagian dari mereka yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas,Antara soalan yang  ditanya ialah, ( Bakpo loni pokcik baru napok ko BN ni, pahtu pokcik tok takut ore Pas tuduh mace-mace ko? ) Kenapa baru sekarang memilih Umno dan tidak takutkah dituduh dengan bermacam tuduhan oleh penyokong Pas yang lain.

Diantara jawapannya , Nak takut apa kerana dah ramai yang beralih menyokong BN, walaupun sesetengah tu tidak nyatakan untuk sokong BN, tapi mereka sudah tidak kuat atau taksub seperti dulu lagi kepada Pas, kalau dulu asal saja ceramah Pas mereka semua akan pergi bersama. Alasan mereka meninggalkan Pas adalah kerana Dap dan amanat Hj Hadi suatu ketika dulu. Bagi mereka ia adalah soal akidah yang nampak begitu ringan dipolitikkan oleh Pas.

Selain itu masalah air juga di suarakan kepada , kerana ketiadaan air mereka cukup payah untuk mengambil wudhu' dan mandi junub, Bagi mereka itu yang lebih penting didalam Islam, tanpa ibadat dan solat yang sempurna mana mungkin untuk mendapat pahala dan memasuki syurga. Mereka cukup kesal dengan PAS kerana lebih sibuk mempolitikkan Hudud dari menangani masalah air yang berlaku ini. Perkara yang asas seperti solat tidak pula dititik beratkan oleh Pas, macam mana boleh kata Pas ni perjuangkan Islam.

Itulah sebahagian yang dapat  kongsikan bersama, Keadaan di Kelantan sekarang ini Alhamdulillah nampak perubahan yang sangat ketara, Jika dahulu kalau Umno yang anjurkan program agama jangan haraplah nak dapatkan hadirin memenuhi ruang dewan, tapi sekarang tidak lagi, sambutan yang cukup baik ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional, rakyat sangat mengharap perubahan kepada negeri mereka Kelantan Darul Naim.

Guano gamok puok kito, pokcik, mokcik,adik kakok,awe, mek, cek,  tok ayoh, tokguru, Abe Mat, Pokteh Jani, Hj Ya, Hj Deris Wakaf Siku, Abe Hase Gunong dan ramai lagi tok ser doh ko Pas, pakat kato Pas pelawok hangit isle alah kedio,alah kokre hare belako, lenguh telingo dengar puok dio duk ngepek tadi, raso buleh mene kelate trek ni, kalu demo nok uboh baik kito pakat uboh,try dulu sepenggal tok rugi sikit habuk. IJN mesti bersiap sedia untuk menerima tetamu istimewa selepas keputusan PRU13 diumumkan nanti.hehe..,Anda mampu mengubahnya 

0 comments: