Monday, November 14, 2011

10:31 PM - No comments

Ladang rakyat kelantan

kalau betul PAS kerajaan berkebajikan...
kenapa rakyat Kelantan tak nak kebajikan dari kerajaan PAS???
ladang rakyat atau ladang keluarga Nik Aziz????

JPX

KUALA KRAI: Isu Ladang Rakyat di Kelantan seperti tiada penghujungnya apabila terbaru lebih 200 penduduk di Kampung Sungai Kelah, Mukim Manjor di sini membantah tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS memusnahkan lebih 40 hektar tanah yang mereka usahakan sejak sekian lama.

Lebih membingungkan penduduk, punca pendapatan hasil torehan getah dan buah-buahan di tanah berkenaan lesap sejak pemaju yang diberikan kebenaran memajukan tanah itu menebang semua pokok berkenaan.

"Saya ada 11 anak. Hari-hari saya menoreh getah seluas empat hektar yang ditanam sejak lebih 30 tahun dulu. Sekarang kami nak makan apa? Tindakan ini sangat zalim buat kami penduduk miskin ini dan saya sangat sedih mengenangkan untung nasib selepas ini," kata Ismail Samah, 68, ketika ditemui di perkampungan itu.
Dia mendakwa pemaju membersihkan semua kawasan sejak lebih tiga bulan lalu tanpa ada sebarang perundingan oleh kerajaan negeri.

"Tiadakah timbang rasa untuk kami diberikan tempat mencari rezeki yang lain atau diberikan pampasan oleh kerajaan Kelantan yang mendakwa mengamalkan pemerintahan cara Islam ini?" kata Ismail sambil menunjukkan kawasan yang digondolkan itu.

Bagi Abdullah Hussin, 48, memang benar tanah yang mereka usahakan itu tidak mempunyai geran tetapi bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan geran hak milik dan membayar premium tanah.

"Sejak sebelum PAS memerintah lagi kami memohon untuk mendapatkan geran hak milik. Selepas PAS memerintah, fail kami itu didakwa hilang dan bermacam-macam lagi dan kami juga tidak dibenarkan membayar premium tanah," katanya yang menyara 10 anak termasuk ibu bapanya uzur.
Mohd Zaidi Abdul Rahim, 44, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk bertemu pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan termasuk bertemu wakil rakyat bagi membantu menangani perkara itu tetapi semuanya tidak berjaya.

"Kami tidak ditawarkan menjadi peserta Ladang Rakyat di tanah kami itu dan saya harap kerajaan negeri mendengar rintihan kami dan kembalikan tanah itu kepada kami semula," katanya.

Katanya, penduduk kini terpaksa mencari punca pendapatan baru dan menoreh getah milik penduduk kampung yang lain. - BERNAMA

0 comments: