Thursday, January 5, 2012

5:36 AM - No comments

Nik Aziz Enggan Ulas Isu Hudud


Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas lanjut berhubung isu hudud biarpun beliau dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan pelaksanaan hukum hudud Pas membelakangi Al-Quran dan Hadis.
Beliau berkata, sebarang persoalan mengenai itu isu telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk diperjelaskan.
“Saya sudah serah isu hudud ini kepada Datuk Mohd Amar untuk selesaikan. Saya tak nak komen apa-apa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Wan Ismail Wan Ahmad yang meminta beliau dan Abdul Hadi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai perlaksanaan hukum hudud Pas.
Wan Ismail di dalam kenyataannya berkata, penjelasan itu perlu dengan mendakwa perjuangan Pas kini yang dilihat membelakangi dasar perjuangan asal parti termasuk bersekongkol dengan parti bukan Islam.
Katanya, sekiranya ia tidak berdasarkan nas Al-Quran dan hadis, beliau menganggap dakwaan bahawa hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat DunKelantan pada 1993 adalah hudud Pas bukannya hudud Islam adalah benar.
Wan Ismail dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas bukannya hudud Islam.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdulllah yang menjelaskan Kerajaan Kelantan mempertahankan hukum hudud yang ingin dilaksanakan dengan menegaskan dasar perjuangan parti masih kekal walaupun bekerjasama dengan parti bukan Islam.

0 comments: